Assalamualaikum…. 18 March aritu genaplah anak umie 7
bulan…Alhamdulillah…Semoga anak umie membesar dgn baik…..amin….
Perkembangan Fellah sekarang…..
Cik Melur kite dah pandai duduk sendiri!!!! (walaupun duduk
senget ckit..kahkahkah…ttp umie teruja..yela mase sebulan dua dulu terlentang
aje..tb2 skrg dh pandai duduk? )
Cik Melur kite dah campur susu?erk umie xsuke tp
terpakse….sbb cik melur ni kuat nyusu….takut xtertampung…jd umie bg hi goat kat
adek…as a supplement…dan tb2 lps minum hi goat..adek
sendawe…mbekkkk!...alamak!!!haha umie ngn abah ketawe…apelah adek ni wat lawak
pule…
Merangkak????yer dah pandai merangkak…tp merangkak
setempat….bunyi mcm lari setempat kan?hahhaha..lbih kuranglah..die xg jauh
pon…2 tige lgkah ke depan..pastu ngensot laju2…hei ngade tol ank umie nie…
Susah nk tidur…sbb nk main aje…wlu mate ngantuk sgt2…dan
pndai mengemas brg…
Dah pandai cemas!hukhukhuk…cemas manjang klu org bersiap nk
kua…
jom cek kat bwh anak anda mcm nie ke skrg? :)
Melonjak-lonjak
Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.
Fellah bole duduk..tp yg ni di duduk kan....
ha yg ni barulah die duduk sndiri..y umie ckp tu...senget tapi mengujakan umie...haha
Belajar memegang
Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek. Dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik..
(huh letih menjerit cam anak dah sploh...abah salu ckp..relaksla syg..die ok..uhhhh bg umie sumenye umie riso...cemas2..anak kan..hihi)
Tumbuh gigi
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.(umie asyik rase jer gusi die...smp skrg xde pon..eloklah tu...die tu xd gigi pon kuat mengunyah..kaki kite pon nk kunyah...klu ade gigi adoi xtau nk ckp..tp jgn smp kebesar plak..parah tu..)
Menguji autoriti anda
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.Perasaan tak senang ketika berpisah
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.
(dulu die xlena tido kat baby cot..tp skrg dah ok dah....mlm merengek beselah nak susu...yg die bimbang bile kena tgal seminggu...dok peluk baju umie n abah..sedih umie abah balik nengok nga tido peluk baju..huhu)
Kemahiran mengenal
Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.Memahami bagaimana objek berhubung kait
Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.
sekarang fellah suke peti ais die tuh!!!dok meneroka ape di dalamnye...huhu..
itu saje..alhamdulillah..anak umie berkembang normal spt kebiasaan bayi...tq Allah....